Cara Menghasilkan Lemang Yang Sedap

Cara Menghasilkan Lemang Yang Sedap

Lemang merupakan makanan tradisional orang melayu Malaysia yang dibuat daripada beras pulut yang dimasukan kedalam ruas buluh lalu dibakar sekitar 1 setengah jam. Biasanya lemang menjadi juadah yang perlu dihidang ketika Hari Raya. Lazimnya dihidang bersama rendang atau serunding.

Bahan-bahan

  1. 3 kg atau 1 gantang pulut. Sebaiknya pulut madu
  2. 8 biji kelapa (ambil santan) atau 3 kg santan
  3. garam secukup rasa.
  4. 8 ~ 9 batang buluh. Saiz sederhana sekitar garispusat 2 inci X 2 kaki panjang

Cara penyediaan

  1. Basuh beras pulut dan toskan
  2. Masukan santan kedalam bekas berisi pulut tadi. Santan tinggi 1 inci dari beras pulut (macam isi air dalam beras ketika masak nasi)
  3. Masukan beras pulut bersama santan menggunakan sudu kedalam buluh yang telah berisi daun pisang sehingga penuh.
  4. Bakar dengan api sederhana sehingga masak selama kira2 satu setengah jam. Pusing buluh setiap 15 minit supaya masak serata.
Semasa proses membakar pastikan kekuatan api terkawal, ini penting untuk memastikan lemang yang dibakar sedap. Selamat mencuba.
Tag : panduan
0 Komentar untuk "Cara Menghasilkan Lemang Yang Sedap"

pihak admin tidak bertanggungjawab ke atas komen-komen yang di kirim. sila komen untuk manfaat bersama..TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top